Tok Mun, Maimun Yusof, 94 tahun, Nenek aktif Politik, Sekolah Warna Warni, Manifesto, PRU13, PRU-13, P036, P.036, Kuala Terengganu, Terengganu, Parti Bebas, Kebun Agro, Madrasah Digital, Politik Malaysia, 1Malaysia
Monday, 22 April 2013
Tok Mun paling awal
Kuala Terengganu: Calon Bebas, Maimun Yusof, 94, yang juga calon tertua di negeri ini adalah yang terawal tiba di pusat penamaan calon Parlimen Kuala Terengganu di pekarangan Stadium Negeri, di sini, semalam.
Maimun atau lebih mesra dipanggil Tok Mun diiringi pencadangnya, Nur Haslina Mustaffa, 31, dan penyokongnya, Timah Salleh, 51, tiba kira-kira jam 7 pagi sebelum masuk ke pusat penamaan pada jam 8.50 pagi.
Tok Mun yang pernah bertanding pada PRU-12 dan mengejutkan ramai pihak kerana bertanding di Parlimen Kuala Terengganu itu tampil dengan bersemangat. Beliau memilih simbol kunci sebagai lambang Bebas diwakilinya.
“Tok memilih kunci dengan harapan ia akan membuka pintu hati semua pengundi di Parlimen ini supaya memilih Tok dan jika menang Tok akan mempertahankan bukit bukau di kawasan Parlimen ini daripada terus dimusnahkan pelbagai pihak bagi tujuan keuntungan.
123 Y 123
TOK Mun tiba di pusat penamaan calon di Stadium Negeri, semalam.
123 Y 123
“Tok juga akan mengkritik tindakan tidak betul pemerintah yang dipilih pada persidangan Parlimen nanti itupun jika Tok diberi peluang pada PRU kali ini,” katanya yang akan berkempen seorang diri sepanjang PRU-13.
Sumber dari HMETRO
Thursday, 4 April 2013
MISI UNDI LEBIH TINGGI. KENAPA TIDAK?
Calon P.036
Orang Muda, Bantu Tok Mun, Tampal Poster.
Jangan Lupa Klik Like :D
Keputusan Lepas, Boleh ditingkatkan. Kerjasama Diperlukan.
Sekadar Tatapan. Lukisan menarik menanti di hadapan.
Jelas Tok Mun, dia berhasrat untuk menggunakan simbol Kerajaan Negeri sebagai lambang partinya tetapi SPR menolak dan memintanya menggunakan simbol lain.
Ketika ditanya sama ada sudah bersedia dari segi kewangan, Tok Mun mengakui tidak mempunyai wang tetapi berhasrat untuk meminta bantuan daripada orang.
“Jangan soal pasal duit. Tok kalau tak ada duit, Tok mintak dengan orang, sikit-sikit. Jadi cukuplah. Anak-anak buahlah yang tolong. (Nak menang), Tok kena kempen lebih. Tok pandailah nak kempen macam mana,” katanya.
Jikalau ada Sumbangan Ikhlas, Cari Tok Mun di kuala terengganu, sila hubungi balai polis berhampiran Parlimen P036.
atau hubungi Pegawai di bawah untuk mendapat maklumat Tok Mun terkini:
PEJABAT PILIHAN RAYA (TERENGGANU)
TUAN HAJI FAKHRUL RAZI BIN AB WAHAB
Tel:09-622 1218
Email:fakhrul@spr.gov.my
NURUL AJLEAA BINTI AZMI
Tel:09-622 1218
Email:ajleaa@spr.gov.my
Semoga Maju Jaya,
Den Bosan
3Minda: Apa Itu Demokrasi BerParlimen?
PRU13: Jumlah pengundi meningkat 21.69 peratus
KUALA LUMPUR: Seramai 13,291,385 orang layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), penambahan 2.37 juta atau 21.69 peratus jika dibandingkan dengan jumlah pemilih pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata angka itu merupakan jumlah pengundi baru paling tinggi pernah dicatatkan setakat ini.
“Jumlah peningkatan ini adalah hasil kerja kuat dan berterusan oleh SPR untuk menggalakkan rakyat mendaftar sebagai pengundi supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab bila tiba masanya nanti," kata Wan Ahmad.
Selangor mempunyai paling ramai pengundi dengan 2,051,708, penambahan 486,214 (31.06 peratus) berbanding 2008.
Ini diikuti Johor (1,608,326), Perak (1,409,772), Sarawak (1,086,191), Kedah (1,043,281), Sabah (982,311) dan Kelantan (920,433).
Wilayah Persekutuan Putrajaya pula mencatat jumlah pengundi paling sedikit iaitu 15,798 orang.
Beliau berkata pada PRU13 ini SPR akan menggunapakai Daftar Pemilih (DP) sehingga suku 4/2012 yang diwartakan pada 22 Februari lepas memandangkan daftar pemilih bagi suku pertama 2013 belum sempat untuk diwartakan.
Berdasarkan Daftar Pemilih yang diwartakan suku keempat 2012, seramai 5,564,131 atau hampir 42 peratus daripadanya pengundi yang layak memilih merupakan pengundi muda berusia di bawah 40 tahun.
Daripada jumlah itu, 3,024,909 atau 22.76 peratus merupakan mereka yang berusia antara 30 hingga 39 tahun, manakala 19.1 peratus (2,539,222) lagi berada dalam lingkungan umur 21 hingga 29 tahun.
Kelayakan kumpulan itu untuk menentukan kerajaan yang bakal menerajui negara, menjadikan mereka sasaran “pancing” parti-parti politik yang bertanding pada PRU13 ini.
Wan Ahmad berkata golongan itu merupakan kelompok yang tidak mengikut telunjuk orang lain.
Walaupun mungkin bukan penentu keputusan dalam PRU13, namun undi kumpulan itu pastinya akan memberi kesan besar dalam pertempuran kali ini yang disifatkan “ibu segala pilihan raya”.
Katanya, berdasarkan DP itu kumpulan umur paling ramai layak mengundi selepas golongan muda adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 40an (21.85 peratus), 50an (18.39), 60an (10.73) 70an (5.24), 80an (1.58) dan 90an (0.35). - antarapos.com
Undilah Tok Mun
PRU-13: Tok Mun bertanding lagi pada usia 94 tahun
PENOLONG Pengarah SPR Negeri, Nurul Ajleaa Azmi (kanan) menyerahkan borang pendaftaran calon kepada Maimun Yusof (kiri) di Pejabat SPR negeri, di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN
Sekolah Warna Warni adalah Salah satu dari Manifesto Tok Mun. Nantikan yang lebih mendebarkan. - DENBOSAN
Sekolah Warna Warni tidak mungkin begini. Pagar Bolos, Bolos & Bolos. Belia Kreatif Bebas Kotoran. - DENBOSAN
KUALA TERENGGANU 4 April - Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Ini merupakan pilihan raya umum kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada 2008 lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi.
Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi.
Dijangkakan, Tok Mun sekali lagi akan menjadi calon tertua pada pilihan raya umum kali ini. - UTUSAN ONLINE
"Demokrasi memerlukan Tok Mun & Tok Mun memerlukan Demokrasi"
1Minda: Bagaimana untuk memproses maklumat dengan lebih laju ?
2Minda: P.036 Kuala Terengganu
1Minda: Bagaimana untuk memproses maklumat dengan lebih laju ?
2Minda: P.036 Kuala Terengganu
Subscribe to:
Comments (Atom)











