PRU-13: Tok Mun bertanding lagi pada usia 94 tahun
PENOLONG Pengarah SPR Negeri, Nurul Ajleaa Azmi (kanan) menyerahkan borang pendaftaran calon kepada Maimun Yusof (kiri) di Pejabat SPR negeri, di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN
Sekolah Warna Warni adalah Salah satu dari Manifesto Tok Mun. Nantikan yang lebih mendebarkan. - DENBOSAN
Sekolah Warna Warni tidak mungkin begini. Pagar Bolos, Bolos & Bolos. Belia Kreatif Bebas Kotoran. - DENBOSAN
KUALA TERENGGANU 4 April - Maimun Yusof, 94, mengesahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) apabila hadir ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran calon kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Ini merupakan pilihan raya umum kedua yang ditandingi oleh Tok Mun selepas tewas pada 2008 lalu kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail (BN) dengan 32,562 undi dan Mohamad Sabu (Pas) yang memperolehi 31,934 undi.
Bagaimanapun, Tok Mun yang bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan simbol kunci pada ketika itu berjaya memperolehi sebanyak 685 undi.
Dijangkakan, Tok Mun sekali lagi akan menjadi calon tertua pada pilihan raya umum kali ini. - UTUSAN ONLINE
"Demokrasi memerlukan Tok Mun & Tok Mun memerlukan Demokrasi"
1Minda: Bagaimana untuk memproses maklumat dengan lebih laju ?
2Minda: P.036 Kuala Terengganu
1Minda: Bagaimana untuk memproses maklumat dengan lebih laju ?
2Minda: P.036 Kuala Terengganu




